Tuesday 17 March 2009

pengaruh british di tanah melayu

Pendahuluan

Saya bersetuju dengan penegasan yang menyatakan bahawa pada abad ke-19 British hanya menjajah beberapa negeri di Malaysia secara rasmi, tetapi pada hakikatnya British telah menjajah seluruh Malaysia. Walaupun British hanya menjajah beberapa negeri di Malaysia, namun pengaruh british telah masuk ke negeri-negeri yang tidak dijajah secara langsung. Hal ini dapat dilihat di beberapa buah negeri seperti Johor, kedah, Kelantan dan Terengganu.Di negeri-negeri ini, pengaruh British dapat dilihat dari aspek politik, ekonomi, dan sosisal, aspek tersebut telah mengalami perubahan dan pembaharuan yang mengikut cara pentadbiran british. Pada abad ke-19, negeri-negeri yang dijajah secara rasmi hanyalah, Negeri-Negeri Selat, Sabah Dan Sarawak.

Pengaruh British Di Sarawak
Setelah Brooke berjaya menghapuskan pemberontakan yang berlaku di Sarawak, brooke telah dilantik menjadi Raja dan Gabenor Sarawak pada tahun 1841 oleh Pangeran Muda Hashim dan seterusnya pada tahun 1842 Brooke telah menerima surat pelantikan daripada Sultan Brunei sebagi Raja Sarawak. Brooke telah menjalankan pemerintahan dinasti di Sarawak, iaitu kuasanya akan diganti oleh keturunannya bagi meneruskan pemerintahan di Sarawak.
Raja Putih Sarawak telah meningkat sIstem pentadbirannya dengan pentadbiran yang lebih lengkap dan sistemetik. Brooke telah berusaha memajukan kegiatan perdangan di Sarawak, hal ini telah menyebabkan British berpandangan bahawa Brooke telah jalan perdangan kepada para pedagang British untuk menguasai jalan perdagangan ke benua China. Bagi melancarkan aktiviti perdangangan, Brooke telah berusaha menghapuskan lanun, hal ini telah menyebabkan Brooke terpaksa meminta bantuan daripada Angkatan Laut Diraja British.Angkatan laut ini juga telah membantu Brooke meluaskan kekuasaannya di Sarawak.Pada masa yang sama Brooke juga meluaskan wilayahnya dengan mengambil secara paksa atau membelinya daripada kesultanan Brunei.
Pada tahun 1853 Brooke telah diangkat menjadi Gebenor British yang pertama di Pulau Labuan serta telah bertindak sebagai wakil British ke Brunei. Pemerintahan Brooke di Sarawak sangat memerlukan pengaruh inggeris kerana bimbang akan kuasa–kuasa eropah lain yang sedang giat memperluaskan kuasa mereka di sekitar Malaysia. Bagi mengurangkan kebimbangan itu, British telah mengiktirafkan dengan rasminya kemerdekaan Sarawak bari Brunei pada tahun 1863 dan menghantar seorang pegawai konsul ke Sarawak.Pertalian antara Sarawak dengan British ini telah memperkuatkan lagi hubungan diantara laut Borneo dan Semenanjung Tanah Melayu. Pada masa yang sama British telah mengarahkan agar Brooke mengubah corak pemerintahannya supaya berkiblatkan Britain.Sehingga Raja Sarawak yang kedua pernah mengatakan bahawa dimana bendera Sarawak di naikkan, di situ kepentingan inggeris akan dijungjung, ini menunjukkan bahawa British telah berpungaruh di Sarawak.

Pengaruh Kuasa British Di Sabah
Sebelum campur tangan British, sabah berada dibawah kesultanan Brunei.Namun begitu sultan Brunei tidak berminat untuk membangunkan Sabah dan telah memajakkannya kepada beberapa pelabur asing sehingga ia telah dipajak oleh Alfred Dent yang telah menubuhkan Syarikat Berpiagam Borneo Utara. Bagi mengukuhkan lagi kekuasaannya di Sabah Dent telah berusaha agar kedudukannya di Sabah diiktirafkan oleh British.Dent dan rakan-rakannya di London telah berusaha untuk mempengaruhi kerajaan British dengan menyatakan bahawa ini merupakan puluang yang baik untuk British memperluaskan kuasanya di Malaysia. Malah ini juga merupakan peluang British untuk mengembangkan kegiatan perdangannya. Pada tahun 1880 setiausaha rendah pejabat luar negeri, Sir Julian Pauncefote membuat perakuan yang kerajaan British boleh memberi Piagam Diraja kepada syarikat tersebut. Kemudian pada tahun 1881 Dent dan rakan-rakannya membuat rayuan kepada ratu bagi mendapatkan Piagam Diraja.Hal ini sekali gus telah menyebabkan Syarikat Berpiagam Borneo Utara telah mendapat pengiktirafan British secara rasmi sebagai wakil British di Sabah.
Dengan ini, british telah berkuasa keatas Syarikat Berpiagam Borneo Utara. British telah membenarkan syarikat ini meluaskan kawasannya, namun British telah menetapakan bahawa syarikat tidak dibenarkan memindah milik kepada pihak lain tanpa kebenaran kerajaan British.Syarikat juga menjalankan pentadbirannya berasaskan ketetapan yang telah ditetukan oleh kerajaan British.Gabenor Borneo Utara pertama telah dilantik pada tahun 1881 iaitu William Hood, beliau telah meniru pentadbiran British di Semenanjung Tanah Melayu dengan memulakan pembetukan jentera karajaan pusat secara berperingkat-peringkat. Hal ini telah menunjukkan bahawa British sangat berpengaruh dalam pentadbiran di Sabah.

Penguasaan British Di Pahang
Campur tangan British secara rasmi di Pahang bermula pada 8 oktober 1887 apabila bendahara Wan Hhmad yang menjadi sultan Pahang menandatangani perjanjian dengan British yang mempersetujui dengan peletakan pegawai inggeris di Pahang. Dengan perjanjian ini,Hugh Clifford telah dilantik sebagai wakil British di Pahang, tetapi beliau tidak mempunyai kuasa untuk mentedbir dan membantu memajukan Pahang.Namun British masih berusaha untuk meletakkan seorang residen di Pahang, pada tahun 1888, akhirnya british telah berjaya meletakkan residennya di Pahang, tetapi Wan Ahmad meminta agar British mengegalkan hak dan kuasa tradisional serta adat agama islam tidak boleh dicampuri oleh residen.Persetujuan ini telah menyebabkan residen Pahang yang pertama telah dilantik iaitu J.P.Rodger.
Bagi menjamin keselamatan dan keamanan di Pahang, J.P.Rodger telah menubuh satu pasukan polis yang terdiri daripada 50 polis sikh dan 150 polis melayu, serta melantik Hugh Clifford sebagai penguasa di hulu Pahang. Selain itu British telah mengatur semula cara pemtadbiran di Pahang, terutamanya dalam sistem pungutan cukai. Hak mengutip cukai telah diambil alih oleh British, malah pembesar daerah yang selama ini menjalankan tugas tersebut telah diberi pencen. Dalam memperkenalakan corak pentadbiran barat, negeri Pahang telah dibahagikan kepada daerah-daerah yang mana setiap daerah akan diketuai oleh majistret dan terdapat seorang pegawai British yang menjalankan tugas memungut cukai. Selain itu, british juga telah mengambil langkah menubuhkan majlis mesyuarat negeri pada tahun 1889 yang diketuai oleh sultan. Majlis ini banyak meluluskan undang-undang yang menimbulkan tentengan sultan dan pembesar.

Kesan Perjanjian British -Siam Pada Tahun 1826, 1897, 1899 Ke Atas NNMU
Perjanjian-perjanjian yang dipersetujui oleh Siam dengan British telah menyebabkan negeri-negeri melayu utara menerima kemasukan British.Berdasarkan kepada isi kandungan perjanjian Burney, perdagangan British di NNMU dapat diperluaskan.Hal ini kerana, perjajian tersebut menyatakan bahawa Siam tidak boleh menghalang dan menggangu perdagangan British di Kelantan dan Terengganu.Selain itu, melalui perjanjian sulit 1897, British mahu memastikan supaya Siam tidak memberi peluang kepada kuasa lain untuk meluaskan kuasa dan pengaruh di Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu.Hal ini menujukkan bahawa British telah mempunyai minat untuk menguasai NNMU. Perjajian sempadan 1899 juga telah membuka peluang kepada British untuk memperluaskan pengaruhnya ke NNMU. Perjanjian ini penting untuk tentukan kawasan yang British boleh campur tangan pada masa hadapan.


Pengaruh British Di Kedah
Walaupun pada abad ke-19 British tidak menguasai kedah secara rasmi, namun system pemerihtahan british yang dilaksanakan di negeri-negeri selat telah mempengaruhi system pentadbiran di Kedah. Ini kerana kedah sudah semakin terlibat dengan British. Kedah telah mengaplikasikan beberapa corak pentadbiran British yang ditiru dari negeri-negeri selat. Hal ini dapat dilihat apabila sultan Kedah iaitu sultan Abdul Hamid telah berusaha dengan giat untuk menyerapkan beberapa aspek pentadbiran Barat, pada tahun 1885 baginda telah melawat negeri Perak dan Singapura untuk meninjau sistem pentadbiran di sana. Ekoran itu, baginda telah memperkanalkan system bergaji pegawai kanan, malah pada masa yang sama baginda juga telah menubuhkan pasukan polis bagi mengawal keselamatan dan keamanan negeri. Selain itu, baginda juga telah mengadakan undang-undang mengawal tahan perlombongan bijih timah, serta sistem kewangan berpusat.
Dari segi ekonomi, Kedah juga bertalian dengan negeri-negeri selat, ini kerana ekonomi Pulau Pinang dan Kedah saling berkait rapat antara satu sama lain. Contohnya pajak cukai kedah telah di kendalikan oleh saudagar Hokkien di Pulau Pinang, dan pada tahun1887 firma ini telah mengambil pajakan utama candu dan arak di Kedah dan Pulau Pinang. Selain itu, bagi memajukan kegiatan pertanian di Kedah, sultan Kedah telah membuat pinjaman dari Pulau Pinang bagi tujuan pembinaan terusan air, antaranya yang terpenting ialah pembinaan terusan yang menyambungkan Alor Setar dan lembah gunung yang membolehkan pembukaan kawasan penanaman padi yang baru. Hasil tanaman padi akan akan dijual ke pulau pinang bagi tujuan pemasaran ke pasaran luar.

Pengaruh British Di Johor
Pada abad ke-19 masih British tidak dapat menepatkan penasihatnya di Johor, tetapi pengaruh British tetap masuk ke Johor melalui dasar-dasar pembaratan yang dijalankan oleh Daeng Ibrahim dan sultan abu Bakar. Setelah mempengaruhi corak pentadbiran yang dijalankan oleh British di negeri-negeri selat, pemerintah Johor pada masa tersebut telah meniru beberapa corak pentadbiran British tersebut.Antara perubahan yang dilakukan di Johor ialah mengubah corak pentadbiran baru, ini adalah bertujuan bagi melancarkan pentadbiran,hal ini menyebabkan terbentuknya jabatan kerajaan yang terdiri daripada perbendaharaan, polis, penjara, mahkamah, ukur, laut, perubatan dan kereta api, serta telah memperkenalkan undang-undang baru di Johor yang dipengaruhi dari British. Pada masa yang sama, terdapat juga pegawai-pegawai tinggi yang dilantik adalah dikalanagan orang British. Malah dalam kemajuan pendidikan, banyak sekolah-sekolah inggeris telah didirikan di Johor. Ekoran ini, tulisan jawi telah di tukar kepada tulisan rumi.
Dari segi ekonomi juga, negeri Johor sangat berpengaruh dengan sistem ekonomi British.Pada zaman pemerintahan daeng Ibrahim, baginda telah giat memajukan kegiatan pertanian terutamanya penanaman lada hitam dan gambir. Hal ini menyebabkan ramai buruh cina dari tanah jajahan British telah dibawa masuk ke Johor bagi memenuhi tenaga buruh.Atas nasihat W.W Ker, sistem kangcu telah diperkanalkan bagi mengawal kaum cina. Kangcu bermaksud tuan sungai yang berkuasa keatas sungai dan kedua-dua tebing sungai tersebut. Kangcu telah diberi kuasa terhadap kawasan masing-masing, dan kungcu juga akan membayar sewa serta pajakan kepada sultan. Kebanyakkan pemodal yang mengusahakan kegiatan ini adalah pemodal dari negeri-negeri selat. Hal ini jelaslah menunjukkan bahawa ekonomi di Johor telah dipengaruhi oleh British secara tidak langsung.

Pengaruh British Di Kelantan
Keadaan politik yang tegang di Kelantan akibat daripada perebutan tahta, telah menyebabkan Kelantan terpaksa meminta bantuan dari siam. Hal ini telah membuka jalan kepada kerajaan Siam yang telah pun memikirkan bahawa pentingnya untuk mengenakan kawalan ketat keatas Kelantan. Dibawah pengawasan secara langsung ini, usaha-usaha telah dijalankan untuk menyusun semula kewangan dan mengukuhkan kuasa pusat keatas pentadbiran kampung seperti mencegah kekacauan dan mengadakan pembaharuan dalam kerajaan kelantan. Hal ini adalah bertujuan untuk menyekat kemungkinan campur tangan inggeris.
Walaubagaimanapun, sultan Kelantan sendiri telahpun mempengaruhi corak pentadbiran British yang menyebabkan baginda telah mengaplikasikan corak pentadbiran ke dalam negeri Kelantan. Sultan Kelantan dikatakan mudah menerima pembaharuan pentadbiran, berikutan dengan lawatan baginda ke negeri Johor dan singapura pada tahun 1896 menyababkan baginda telah mendirikan sebuah pejabat tanah di kota bharu ,ianya telah meniru corak pentadbiran British di Singapura. Selain itu, setelah mempengaruhi corak pentadbiran British, baginda juga telah menubuhkan jabatan kerjaraya, pasukan polis dan permulaan penggunaan perkhidmatan telefon.
Manakala dari segi ekonomi, seperti negeri Johor, Kelantan juga telah mempengaruhi ekonomi British. Contohnya pada abad ke-19 Kelantan juga telah menerima buruh-buruh cina bagi kegiatan perlombangan dan pertanian.Namun pertanian lada hitam dan gambir tidak berkembang sepertimana negeri di pantai barat. Selain itu, kegiatan perdangangan di kelantan sememang wujud, tetapi tidaklah begitu besar.Kegiatan perdangan ini juga mempunyai perhubungan dengan British, hal ini kerana pedangang-pedangang yang berdagang di Kalantan merupakan padagang daripada negeri-negeri selat.

Kesimpulan
Walaupun British tidak menguasai seluruh negeri di Malaysia, namun pengaruh terhadap corak pentadbiran British di negeri-negeri selat, telah menyerap masuk ke negeri-negeri lain yang tidak dijajah, sama ada secara paksaan ataupun ianya ditiru oleh sultan bagi memantapkan sistem pentadbiran di negeri mereka. Walaubagaimanapun tindakan tersebut telah membuka jalan kepada British untuk campur tangan secara langsung di negeri-negeri tersebut. Malah pada masa yang sama hubungan baik antara british dengan Siam juga telah memudahkan British untuk campur tangan di Kelantan, Kedah, Perlis dan Terengganu. Hal ini telah menyababkan negeri tersebut telah dikuasai oleh British secara rasmi menjelang abad ke-20.

1 comments:

Unknown said...

Merkur 15c Safety Razor - Barber Pole - Deccasino
Merkur 15C gri-go.com Safety Razor - Merkur - 15C for Barber worrione.com Pole is the perfect introduction to the kadangpintar Merkur https://febcasino.com/review/merit-casino/ Safety deccasino Razor.